SEKOLAH KEBANGSAAN NAKO NAMBUA mula didirikan sekitar tahun 1950an dengan menggunakan bahan-bahan tempatan secara gotong-royong. Pengasas sekolah ini ialah seorang penduduk tempatan iaitu Tn. Hj. Mohamat B. Abdullah dan kemudiannya disambung oleh En. Awang B. Salleh ( Panglima Awang )
Pada tahun 1963, bangunannya diperbaharui dan disempurnakan lagi sehingga boleh menampung 50 hingga 60 orang murid dan 4 orang guru. Guru Besar ketika itu ialah En. Mohktar B. Md. Piah.
Pada tahun 1983, bangunan tiga tingkat didirikan menjadikan dua bangunan untuk menjana aktiviti warga sekolah ini.
Pada tahun 1985, nama sekolah telah ditukar menjadi SEKOLAH KEBANGSAAN PANGLIMA AWANG sebagai mengenang jasa pengasas sekolah ini iaitu En. Awang B. Salleh (Panglima Awang). Urusan pertukaran nama dibuat oleh Guru Besar pada waktu itu iaitu En. Abdullah B. Jusoh.
Pada tahun 2003, telah siap dibina dua blok bangunan baru setinggi tiga tingkat. Bangunan ini dapat menampung pertambahan murid yang semakin meningkat setiap tahun. Terdapat ASRAMA DESA di sini yang dapat menampung seramai 100 orang penghuni dan asrama ini telah didirikan sejak 1991.
Hingga ke hari ini SEKOLAH KEBANGSAAN PANGLIMA AWANG mempunyai 31 orang guru, 11 orang staff dan 5 orang pekerja swasta. Jumlah murid pada ketika ini menjangkau 239 orang.
Seluruh warga sekolah sentiasa berusaha dengan gigih dan penuh keazaman untuk memastikan SK Panglima Awang hargai kecemerlangan menjelang 2016 selaras dengan visi dan misi sekolah.